“Saya Pernah Rasa L0ya Nak Munt4h Pun, Dia Sanggup Tadah Tangan” – Isteri Ali XPDC

Uncategorized

Vokalis kumpulan XPDC, Ali ralat apabila tidak dapat menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah yang dijadualkan pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini.

Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 54, enggan menyus4hkan pihak lain.

“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi s4yu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti.

“Saya sepatutnya menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan tahun ini. Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.

“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya kepada wakil media baru-baru ini.

Bercerita tentang sambutan lebaran tahun ini, Ali juga pasrah apabila dia kini sudah tidak boleh menjamah hidangan kegemarannya setiap kali tibanya Syawal.

“Saya teringin, tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya.

Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.

“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital,” tambahnya.

Sementara itu, isteri Ali, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.

“Dulu selama lima kali melalui fasa keh4milan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa l0ya nak munt4h pun, dia sanggup tadah tangan.

“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memu4lkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.

“Cuma saya tahu dia memang sedlh tak dapat berpuasa. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” ujarnya.

Ali sebelum ini dimasukkan ke hospital pada Mac lalu apabila tiba-tiba jatuh s4kit. Seminggu dirawat, kesihatan Ali merosot dan terpaksa ditidurkan akibat kesukaran bernafas.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *