“Bebaskan Aku…” -Yasin Tulis Lagu Di Penj4Ra Sungai Buloh, Seb4k Sangat Bila Baca Liriknnya

Uncategorized

PETALING JAYA – Tidak hanya berpeluk tubuh di Penj4ra Sungai Buloh akibat tuduh4n mengedar d4dah jenis k4nabis, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan lagu baharu di sebalik tirai besi.

Perkembangan terbabit dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Yasin sebentar tadi.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penj4ra Sungai Buloh.

“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” coretnya.

Lirik lagu berkenaan dimulai dengan frasa ‘bebaskan aku’ seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibebaskan dari penj4ra.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” demikian antara nukilan lirik meruntun jiwa yang dikongsikan dalam Instagram Yasin.

Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penjar4 Sungai Buloh.

Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Yassin Ucap Selamat Hari Raya, Mohon Maaf

Penyanyi Yasin Sulaiman yang kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman dan peminat.

Perkara itu disampaikan abang penyanyi itu, Zain Sulaiman, 50, yang melawat Yasin, semalam.

Yasin hidap bipolar serius sejak 2009

Abang kepada Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman

“Alhamdulillah semalam saya dan adik beradik lain dapat melawat Yasin. Dia mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman-teman dan peminat

“Yasin juga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi sokongan secara rahsia dan terbuka.

“Perjumpaan selama 30 minit saja. Kami adik-beradik bergilir-gilir bersembang dengannya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zain, Yasin yang juga pes4kit bipolar berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah dia okay. Dia ambil ubat secara konsisten,” katanya.

Dalam masa sama, Zain berharap ada khabar gembira dan sinar baharu buat adiknya itu pada sebutan kes 18 Mei ini.

“Tarikh sebutan kes di Mahkamah Petaling Jaya adalah hari yang ditunggu-tunggu olehnya,” katanya

Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertVduhan mengedar dan menanam 17 pokok g4nja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara

Sumber : dnq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *