Iqbal Mahu Tunaikan Hajat Bagi Duit Raya RM100 Ribu, Tapi Lokasi Pemberian Pula Tak Masuk Akal!!

Uncategorized

PETALING JAYA – Sebagaimana yang telah dijanjikan, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal akan mengagihkan duit raya kepada orang ramai bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, sekitar pukul 8.45 malam tadi.

Dijangka Iqbal akan tiba di KLIA 2 dengan menaiki penerbangan AirAsia.

Ujar Iqbal, setakat ini dia masih mempunyai baki duit raya yang akan diagihkan kepada orang ramai sebanyak RM70,000 daripada keseluruhan duit raya yang disediakan iaitu RM100,000.

“Assalamualaikum. Malam ini saya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2). Saya nak beri duit raya lagi memandangkan saya sudah berjanji untuk beri duit raya.

“Setakat ini saya baru belanjakan sebanyak RM30,000. Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat untuk beri duit raya,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Ujar usahawan bergelar penyanyi itu lagi, dia akan memberikan nilai duit raya secara rawak, bergantung ‘duit kecil’ yang berbaki miliknya ketika ini.

“Saya beri tidaklah banyak. Ada RM5, RM10. Paling banyak mungkin RM50. Saya akan beri secara rawak.

“Saya juga memerlukan duit kecil. Kalau ada siapa boleh sediakan untuk saya dalam RM10,000, saya mahu tukar. Mohon bantuan supaya lebih ramai lagi yang dapat duit raya,” katanya.

Tambah bekas pembantu peribadi kepada usahawan Datuk Seri Vida itu lagi, dia perlu kotakan janjinya kepada orang ramai untuk memberikan duit raya dengan peruntukan sebanyak RM100,000 yang disediakan.

Dalam pada itu, Iqbal berharap tidak diserbu ketika berada di KLIA nanti dan akan memberikan duit raya kepada orang ramai yang berada di sana sahaja.

Dalam hantaran berbeza, usahawan berusia 27 tahun itu berkata, dia perlu menguar-uarkan tentang pemberian duit raya dengan peruntukan sebanyak RM100,000 supaya orang ramai tahu dirinya bersedia untuk memberikan duit raya.

“Kenapa saya perlu sebar dan maklumkan jumlah RM100,000? Supaya orang tahu apabila bertemu nanti, saya bersedia bagi duit raya.

“Saya beri untuk suka-suka sahaja sekadar bermasyarakat,” katanya.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan berhajat untuk memberikan duit raya kepada orang ramai dengan peruntukan sebanyak RM100,000 beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, Iqbal meletakkan syarat individu yang ingin mendapat duit raya daripadanya perlu bertemu secara berhadapan.

KOMEN NETIZEN :

Sumber : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *