“Kami beraya tanpa kehadiran 2…” – 12 Tahun Achik Spin Pergi, Tajul Rindu Arw4h Abang

Uncategorized

Tiada apa yang lebih dirindukan saat tibanya lebaran selain ingatan penyanyi Tajul terhadap arw4h abangnya, Allahy4rham Abdillah Murad Md Shari, atau lebih popular dengan panggilan Achik Spin.

Tajul berkata, dia benar-benar merasai pemergian arw4h abangnya kerana hubungan mereka berdua sebagai dua beradik sangat rapat.

“Sedar tak sedar dah 12 tahun Achik pergi. Memang ada rasa sed1h, kami kan adik beradik dan kami memang rapat.

“Justeru, bila datangnya bulan Ramadan dan Syawal, dia terus jadi ingat dengan arw4h. Tambahan pula arw4h ayah telah pergi, jadi sekarang kami beraya tanpa kehadiran dua orang yang tersayang di sisi,” katanya.

Berkongsi mengenai kenangan lama bersama, Tajul menjelaskan yang tempoh hubungannya dengan Achik berlaku dalam keadaan yang sangat singkat memandangkan ketika itu usianya masih kecil, sementara kerjaya abangnya sebagai penyanyi juga agak sibuk.

“Jujurnya, hubungan saya dan arw4h ketika saya masih kecil memang rapat. Tetapi, bila dah membesar, hubungan kami semakin menjauh.

“Ketika saya di sekolah rendah, darjah tiga atau empat, saya dan arwah jarang berjumpa kerana dia sibuk dengan kerjaya. Jadi, dia memang jarang pulang ke rumah. Kalau ada masa nak jumpa pun ketika puasa dan raya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Achik yang juga vokalis kumpulan Spin meningg4l dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemal4ngan di Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn Bhd (Lekas).

Achik men1nggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami keced3raan par4h di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.