“Lebih Tr4gis Ada Komen Kata Saya Masih Nak Kan Norman,” – Dah 14 Tahun Berlalu! Abby Abadi Minta Bersihkan Hati

Uncategorized

Pelakon Abby Abadi bersyukur ke hadrat Illahi apabila sambutan raya kali ini, masih lagi berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.

Bagaimanapun, Abby menerusi Instagram mencoretkan luahan kata susulan keakrabannya bersama keluarga bekas suami, pelakon Norman Hakim yang menjadi persoalan di kalangan sesetengah netizen.

“Sambung lagi video raya pertama haritu dengan sedikit cerita supaya takde yang iri & berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni, tolong ubah mentaliti.

Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.

“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sesama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu kenapa begini.

“Banyak pulak persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila berg4duh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya per4ng berpanjangan ya?,” tanya pelakon Gerak Khas itu.

Abby pada masa sama menjelaskan, mereka beraya bersama dengan keluarga masing-masing dan ia menjadi rutin setiap kali menyambut Syawal.

Malah, kediaman mereka juga tidak jauh di antara satu sama lain.

“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nk raya dengan ex (bekas suami) bla… bla… Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?

“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah mcm ni. Memang kemana-mana pun plan sesama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dpt bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?

“Lebih tr4gis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman, aiyoooo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu.

“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya, doakan kita & kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke Syurga FirdausiNya.

“Buat baik & berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” tulisnya lagi menerusi pautan video yang sudah pun menerima tontonan hampir 20,000 kali itu.

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *