“Mak Bapak Pula Yang Bising..” – Kecew4 Anak Dapat Duit Raya RM3, Netizen Kec4m ‘Parents’ Tak Reti Bersyukur

Uncategorized

Budaya memberi wang ringgit kepada kanak-kanak ketika tibanya hari raya Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian buat kita.

Bukanlah satu kewajipan, setiap pemberian itu dikira sebagai sedekah dan amal jariah selain memeriahkan perayaan yang disambut setahun sekali itu.

Namun, satu perkongsian daripada pengguna media sosial Twitter ini mengundang kr1tikan netizen apabila ada ibu bapa di luar sana yang meluahkan rasa kecew4 kerana anak-anak mereka hanya menerima duit raya sekitar RM1-RM3.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan hairan dengan sikap ibu bapa yang melebih-lebih dan tidak bersyukur di atas pemberian orang kepada anak-anak mereka.

Dah dapat tu kau bersyukur je lah, zaman post p4ndemic ni dengan keadaan ekonomi seakrang orang dah bagi tu kira bagus la.- netizen

Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa sambutan hari raya Aidilfitri bukanlah waktu di mana anak-anak masing mengutip ‘cukai’ dan wang ringgit sebaliknya perlu diisi dengan aktiviti ziarah-menziarahi saudara jauh dan dekat.

Sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *