” Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka ” – Sharnaaz Ucap Hari Ibu Buat Nabila, Tapi Ayat Last Pula Raih Perhatian Ramai!

Uncategorized

Bersempena hari ibu, 8 Mei, pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan untuk menitipkan ucapan istimewa buat bek4s isteri, Noor Nabila yang juga ibu kepada anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pemilik nama Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad mengucapkan selamat hari ibu kepada Noor Nabila dan turut berterima kasih berikutan menjadi seorang ibu yang penyayang buat cahaya mata lelaki mereka.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini mendoakan agar Nabila terus bahagia dan sihat di samping keluarga serta suami tersayang.

Happy mothers day to mummy @noornabila. Thank you for being a super mummy and angry mummy to Jebat Jayden Ahmad.

Jebat ada mummy yang sangat penyayang cuma akan bertukar menjadi raksasa yang ganas kalau Jebat buat perangai pak dia.

Pemilihan calon mak baru kini dibuka. Sila bertenang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen juga tidak ketinggalan untuk teruja dengan kapsyen yang diletakkan pada perkongsian tersebut.

Komen netizen:

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *