Cacha Maembong SEDlH Belum Kahwin, Bercinta Bagai Nak Rak Tapi Asyik Tak Jadi

Uncategorized

Chacha Maembong, 26, tidak menolak ada ketika dia sudah serik untuk menjalin hubungan cinta dengan sesiapa kerana sudah sering kali melalui fasa putus cinta sebelum ini.

Menurut Chacha, dia kini tidak lagi meletakkan soal jodoh sebagai keutamaan kerana mahu fokus pada kerjaya seni lakon yang sudah lama tertangguh dek p4ndemik.

Foto: IG

“Bunyi macam klise bukan kalau saya sebut nak fokus pada kerjaya? Tapi itulah hakikatnya sebab saya selama ini dah banyak buang masa. Sekarang nak cari rezeki, bila dah ada rezeki dan dah boleh bahagiakan keluarga, belikan mak ayah rumah, kereta, baru saya fikir nak kahwin,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong)

Selain itu, kata Chacha, dia mengaku, sebelum ini dek kerana sudah terlalu banyak buang masa dengan cinta yang tidak jadi, ia menyebabkan hatinya sudah bosan untuk melalui rutin percintaan yang dirasakan sama.

“Penatlah bercinta. Bagai nak rak pun tidak ke mana juga. Kalau ada jodoh selepas ini pun, saya tak nak fikir tentang diri sendiri dah. Kalau ada lelaki yang nak masuk meminang, dia okey dan kedua belah keluarga pun okey, jalan saja.

“Masa muda dah banyak buang masa jadi sekarang saya nak cari rezeki saja. Ada jodoh datang di sela waktu, kalau itulah takdirnya, saya terima.

“Ingat tak sedihkah bila kenangkan diri saya seorang saja yang belum kahwin dalam kalangan adik-beradik. Sunyi tu ada, sedih itu ada, tapi nak buat macam mana, inilah namanya hidup bukan?”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong)

Dalam pada itu, janji Chacha, dia tidak akan menghampakan semua pihak jika benar jodohnya sudah sampai kelak dengan memaklumkan mengenai berita gembira tersebut.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *