“Doktor akan izin..” -Raja Ilya Bakal BersaIin Dalam Air?

Uncategorized

Dijangka bersalin pada Julai nanti, pelakon Raja Ilya memberitahu dia mahu mencuba kaedah bersaIin secara normal dan dalam air (water b1rth).

Selain itu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, berkata, dia turut menyertai kelas latihan penyusan ibu sebagai persediaan menyambut kel4hiran anak pertamanya.

Foto: IG

“Sememangnya teruja untuk menunggu kel4hiran cahaya mata kami Julai nanti. Saya telah minta untuk melakukan proses bersaIin secara normal dan kaedah dalam air.

“Bagaimanapun itu semua bergantung kepada tahap kesihatan dan nasihat doktor. Jika tidak ada masalah doktor akan izinkan.

“Apabila bergelar itu semestinya saya mahu berikan susu badan kepada b4yi kami nanti. Tetapi ada rasa sedikit kurang yakin dan disebabkan itu saya ambil kelas penyusuan,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Berkongsi tentang persiapan pula, kata Ilya semuanya berjalan lancar dan dia banyak membaca tentang cara-cara penjagaan bayi selain mendapat nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan.

Dalam masa sama, perasaan sebenar bakal menjadi ibu benar-benar dirasakan apabila usia k4ndungan kini sudah enam bulan dan bayi dalam kandungan mula aktif serta kerap menendang.

“Ketika awal mengandung dahulu bagaikan tidak percaya, tetapi sekarang ini bayi memang kerap menend4ng dan ia membuatkan saya benar-benar tahu inilah perasaan menjadi seorang ibu.

“Persiapan menyambut kel4hiran semuanya berjalan lancar. Saya banyak membaca dan buat research sendiri. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama, jadi semuanya tidak tahu lagi.

“Syukur ada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi nasihat. Mereka beritahu apa yang perlu dan tidak dalam penjagaan baik,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia bernama Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga Ilya berpindah ke sana dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat p4ndemik Cov1d-19 yang melanda dunia sebelum ini.

Sumber: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.