“Ni baru calon menantu, takda jual kat mall” – Ramai Terpegun Tengok Intan Najuwa ‘Cekap’ Memasak

Uncategorized

Sambutan Hari Raya tahun ini agak mengejutkan apabila pengumuman mengatakan hari raya jatuh sehari awal daripada tarikh yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia membuat persiapan dalam keadaan panik kerana tidak menyangka perkara ini terjadi.

Pelbagai ragam rakyat Malaysia dan golongan selebriti dapat dilihat di akaun media sosial apabila semuanya menjadi kelam-kabut menyiapkan juadah hari raya.

Antara selebriti yang turut panik membuat persiapan raya ialah pelakon cantik Intan Najuwa. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok Intan, kelihatan dia sedang bertungkus-lumus memasak juadah hari raya bersama ahli keluarganya. Dengar cerita sampai tidur lewat semata-mata mahu menyiapkan juadah raya.

Intan juga kelihatan tidak kekok seperti sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur. Hal ini menyebabkan ramai terpegun dengan kebolehan pelakon cantik ini yang serba boleh dalam semua hal.

Video

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Intan sangat cekap di dapur. Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan hantaran RM30,000 juga tidak menjadi masalah apabila mempunyai kebolehan dalam pelbagai hal.

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *