“Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli” -Ada Yang Persoal, Syahmi Kongsi Rahsia Sebenar Jualan Air Balang Laku Keras

Uncategorized

PERKONGSIAN bintang YouTube terkenal Syahmi Sazli tentang jualan air dalam balang di hadapan pejabat baharunya di Kubang Kerian, Kelantan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian pada 25 April lalu, Syahmi memohon maaf kerana ramai yang tidak dapat membeli air jualannya.

Namun ada segelintir netizan dan mereka yang kurang senang dan tertanya-tanya rahsia bagaimana produk keluaran Syahmi selalu laris di pasaran

“Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

Hari ini di Facebook Syahmi Sazli, beliau menjawab beberapa persoalan tentang perniagaan air beliau.

AIR BALANG MI

“Alhamdulillah, selama 3 minggu dlm bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

“Mi taknak cerita mcm mana resepi air yg Mi jual tu. Yg tu boleh tengok live yg Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.

“1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

“2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

– Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”. Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

“3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.

– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)=

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

– Cara diampunkan dosa dengan berzikir

i. Zikir 1: Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

ii. Zikir 2

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

– Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu Semoga bermanfaat..

Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru

Setakat artikal ini ditulis, perkongsian dari Syahmi tersebut telah mendapat 83 ribu tanda suka

Berikut reaksi netizen 

“terbaik la mie..rezeki tu milik Allah..berganda2 kita dpt sbb kita ikhlas dan niat nk tolong org. insyaAllah semoga niat mie bg kerja kat sedara mara tu memberi rezeki yg melimpah ruah” komen Rahimah

“Sor lg mie..sebab demo terlalu merendah diri, ore pun seleso.rezeki koho masyukk.hrp kekal begini deh walau di puncak.memey trbaik kalu tgk kebangkitan ore mudo mcm mie & nisa.Moga terus success”

“Kalau mi kata jual air untung bersih RM60k maknanya mi jual murah sangat berbanding kos. Tak ambik untung banyak.Dulu bazar sy jual air yg pernah viral pun untung bersih 15k itupun dah 10 last ramadhan viral. Mi punya 10x panjang beratur dari saya cuma 4x ganda saya je. Semoga dimurahkan rezeki mi.”

“Alhamdulillah..selain amalan yg Tn.amalkan..sy rasa hati Tn.& isteri sgt baik..itu juga sbb Allah murahkan rezeki Tn mie & isteri..kekalkan sifat humble sampai bila2..” komen Sharifah

Air balang Syahmi Sazli laku keras! Jurutera ini kaji teknik marketing

Seblum ini salah seorang pelayar Facebook, Faridzul Asyraf Mat Ariffin yang turut tertarik dengan perkongsian tersebut membuat perkiraan pendapatan kasar yang diperoleh YouTuber yang juga pengarah filem Mael Totey The Movie itu.

Menerusi coretannya, pendapatan yang berjaya dikumpul menerusi jualan 170 beg ais dianggarkan sekitar RM14,000.
Syahmi Sazli selalu membuat live mempromosikan air jualannya.

“Seronok tengok dia (Syahmi Sazli) berniaga, 170 beg ais lebih kurang 80 hingga 85 balang dan dia jual RM5 sebungkus. Satu balang boleh dapat 35 hingga 40 bungkus, jadi pendapatan kasar adalah RM12,000 hingga RM14,000.

“Seronok kira jualan orang, cuma posting saya kali ini adalah berkenaan apa yang kita boleh belajar (daripada jualan Syahmi),” katanya ringkas.
Faridzul kemudiannya mengupas setiap gerak-geri yang dilakukan YouTuber berkenaan sepanjang dia menjual air balang pada bulan Ramadan.

Menerusi perkongsiannya itu, terdapat lima cara bagaimana jualan dapat ditingkatkan sekali gus memberi pulangan lumayan.
Syahmi Sazli selalu membuat live mempromosikan air jualannya.

“Hari-hari buat live (media sosial). Dia mula berniaga pada 13 April di hadapan pejabat. Tengok gambar pertama, hari pertama tiada orang beratur pun… jadi dia buat live. Hari kedua sudah ada yang mula beratur.

“Kita kalau disuruh buat live tidak mahu dengan alasan bukan orang glamour dan tiada siapa nak tengok,” ujarnya sambil berkata, siaran langsung perlu dilakukan sesiapa sahaja supaya masyarakat sedar tentang jualan yang dilakukan.

Dia yang juga bekas pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektrikal kemudian memaklumkan bahawa, strategi Syahmi menunjukkan air jualan serta pengguaan bahan-bahan seperti ais krim dan straberry segar berjaya menarik minat pembeli.
Jelasnya, semasa sesi live tersebut, pelayar media sosial dapat melihat susu dimasukkan sepenuhnya ke dalam balang air di samping ais krim.

Hari pertama pengoperasian.

“Susu satu balang 10 tin, tiada air gula. Lepas tu masuk ais krim… saya yang berada di luar Kelantan pun teliur tengok dan rasa mahu pergi beli terus.

“Kita meniaga air balang, kena pastikan persediaan terbaik. Masa puasa ni kita kena ‘jual’ kepada mata dulu, orang tengok sedap di mata dia beli. Sedap kena tekak, esok dia ulang beli.

“Selain itu, kena selalu evolve. Daripada hari pertama hingga semalam dia dapat jual hingga 75 balang. Selalu ada menu baru, harga baru. Dulu RM3 dan RM5, tengok yang banyak demand RM5 dia maintain yang tu sahaja.

“Kita menjual air balang kena sentiasa mencuba apa yang sesuai. Jangan takut! Tengok kawasan kita suka air apa, ada permintaan kita teruskan, kalau tiada kita tukar yang lain,” jelasnya lagi.

Mulut kena manis apabila berniaga, kalau malu kena letak orang yang tidak malu di depan.

Berdasarkan pemerhatian, Faridzul memberitahu pihak terbabit juga sering mengucapkan kata maaf kepada pelanggan kerana terpaksa menunggu lama.

“Tengok video dia, isterinya sentiasa minta maaf sebab lama pelanggan tunggu. Itu kuasa yang pelanggan dengar pun sejuk hati… ni mencuka masam sebab penat, orang beratur pun penat juga tau. Mulut kena manis kalau berniaga, kalau malu kena letak orang yang tidak malu di depan.

“Pada masa sama operasi jualan mestilah tip top,” tegasnya yang pada awalnya ragu-ragu apabila mengetahui Syahmi Sazli menggunakan 170 beg ais dalam jualan satu hari.

Justeru, katanya, peniaga lain perlu mempelajari selok belok operasi jualan yang dilakukan individu ternama itu kerana bukan mudah untuk handle 170 beg ais dalam tempoh yang singkat.

Live penyediaan air balang turut membantu meningkatkan jualan.

“Saya tengok ada 10 balang di depan dan di belakang ada standby lima hingga enam balang lagi. Air ada empat jenis, jadi mudah untuk mereka lancarkan operasi. Walaupun ada yang sudah berniaga lima hingga enam tahun, tapi paling banyak jualan adalah 40 beg ais.

“Jadi kena belajar bagaimana operasi dia lakukan, bukan condemn tetapi kita belajar itu saja lima point yang saya nampak. Ya, dia influencer ada unfair advantage tapi kalau influencer semata-mata tapi rasa dan harga kelaut orang tidak akan ulang beli mahupun sokong,” luahnya.

Terdahulu, hantaran di Facebook Faridzul mendapat lebih 2,900 tanda suka selain dikongsi lebih 2,800 pelayar.

Sumber : trendingsgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *