‘Bi4dab Gil@ Lah’- Netizen Anggap Rosyam Noor Tak Sensitif Terhadap Shuib

Uncategorized

Semalam (29/5) bersiarannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Anugerah MeleTop Era 2021 yang dikendalikan tiga pengacara tersohor, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. Selain itu, barisan selebriti popular tampil untuk menyampaikan Anugerah kepada pemenang antaranya Catriona Ross, Datuk Sri Vida, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Namun di media sosial, rata-rata netizen sibuk memperkatakan tentang gandingan penyampai anugerah oleh pelakon Datuk Rosyam Noor dan pelawak Shuib. Apa yang menjadi perbincangan hangat adalah  Rosyam di dakwa tidak sensItif mengajukan soalan kepada Shuib mengenai mencari pengganti atau isteri baru.

“Apabila saya fikir kita semakin baik, Rosyam Nor bertanya kepada Shuib di TV nasional “kau duda terhangat sekarang. Dah 8 bulan ni kan, ada pengganti?” Shuib kelihatan sangat tidak senang tetapi mengendalikannya secara profesional, tetapi Rosyam Nor terus mendesak untuk mendapatkan jawapan. #AME2021″ – tulis pengguna twitter dengan akaun bernama @aza_mikitty

Rata-rata netizen kurang senang dengan cara Rosyam yang bertanyakan soalan sebegitu kepada seseorang yang baru sahaja kehilangan isteri. Malah ada yang menganggap gurauan Rosyam agak keterlaluan seolah-olah tidak menghormati perasaan orang lain.

Seperti mana yang pernah dilaporkan oleh media tempatan sebelum ini, tidak dinafikan Shuib sedang mengenali seseorang untuk menjadi bakal isteri. Katanya kepada BH Online, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara. Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’ jika kalau jumpa calon sesuai. Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai. Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya kepada BH Online.

Mungkin soalan yang diajukan oleh Rosyam ini datangnya dari kenyataan Shuib dikongsikan kepada media tempatan sebelum ini. Shuib kehilangan arwah Siti Sarah pada 9 Ogos lalu akibat C0VID-19 selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan. Hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sumber : MURAI MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.