“Mungkin Kur4ng Kasih Sayang, Kehidupan Dia Sed1h Sangat,” – Kena Body Sh4ming, Almy Nadia Doakan Individu Ini Temui Kebahagiaan Dunia & Akhirat

Uncategorized

Pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan dirinya telah menerima ‘ser4ngan’ komen berbaur hin4an mengenai rupa paras fizikalnya di platform Instagram.

Enggan melatah, Almy sebaliknya menitipkan doa buat individu berkenaan agar dia dipertemukan dengan ketenangan dan kebahagiaan jiwa.

Malah, dia juga turut menganggap individu berkenaan seperti kurang mendapat kasih sayang daripada orang di sekelilingnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Posting ni maybe kejap sahaja. Lepas tu kita delete. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia akhirat.

“Semoga pemilik akaun IG ni dapat reda dgn apa yang dia lalui. Maybe zaman makin moden ni IG ni kurang kasih sayang dan kehidupan dia sed1h sangat-sangat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Almy turut memaklum dia sebenarnya langsung tidak terkesan dengan kata-kata hin4an yang dilontarkan oleh individu tersebut.

“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat. Minta semua doa yang baik-baik please
Saya tak kisah tau. Saya sangat-sangat okay ja,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji sifat tenang yang ditunjukkan oleh Almy.

Sekadar informasi, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 April 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Komen netizen:
 

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.