Dari Aafiyah Lahir Sampai 4 Tahun Tak Pernah Umum Duit Raya Anak- Netizen Puji Tokti

Uncategorized

Sebut saja nama Siti Aafiyah sememangnya ramai mengenali anak sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apatah lagi 11 tahun menantikan cahaya mata pertamanya itu.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di Instagram Aaafiyahkhalid dipercayai dibuat oleh peminat memaparkan gelagat Aafiyah yang teruja mengikut ibunya berhari raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid)

Difahamkan, menerusi video tersebut Aafiyah berada di dalam sebuah kapal terbang dan mungkin beraya agak jauh. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat gelagat Aafiyah.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah komen seorang netizen yang memuji Tokti tidak pernah mengumumkan jumlah duit raya anaknya sejak lahir lagi.

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan, lagi banyak duit raya diterima, lagilah tidak akan diberitahu kepada umum.

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *