“Mata Masuk Habuk..” – Uwais Tenung Je ‘Kembar’ Arw4h Siti Sarah

Uncategorized
Siapa sangka impian Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan ‘kembar’ anaknya, Allahy4rham Siti Sarah akhirnya tercapai apabila mereka bersua muka dalam majlis ulang tahun kelahirannya beberapa hari lalu.Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik video momen itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, kelihatan Raisuddin akhirnya bertemu dengan wanita yang dikenali sebagai Emy.

Ekoran itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Emy kerana sanggup meluangkan masanya bertemu dengan mereka pada hari berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Menurut Siti, suaminya pernah menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Emy selepas tul4r mengenai wajahnya yang begitu mirip arw4h Siti Sarah, namun tidak berkesempatan untuk bertemu kerana sibuk dengan perkara lain.

Bagaimanapun, sempena hari lahir suaminya, dia membawa Emy sebagai kejutan di majlis ulang tahun kelahiran suaminya. Siti juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Emy sekeluarga kerana sudi menerima pelawaannya untuk bertemu mereka.

Dalam rakaman video itu, kelihatan Raisuddin sangat terkejut apabila akhirnya bersua muka dengan Emy buat pertama kali kerana wajah Emy hampir serupa dengan arw4h Siti Sarah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat bersetuju dengan wajah Emy yang kelihatan seperti ‘kembar’ kepada arw4h Siti Sarah.  – CARI

Sumber : Cari

Leave a Reply

Your email address will not be published.