Baru Berjumpa Dua Kali, Gadis Bertuah Dilamar Dengan Hantaran RM90,000 & ‘Showroom’ Kereta

Uncategorized

Lamaran seorang lelaki dari Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia menjadi tular selepas gadis bertuah itu dihadiahkan dengan hantaran mewah berupa wang tunai berjumlah 300 juta rupiah (RM90,564), satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta sebuah bilik pameran kereta beserta kenderaan di dalamnya.

Walhal baru dua kali berjumpa dengan calon isterinya itu.

Hadiah daripada mertua

Memetik laporan Detik.com, lelaki bernama Dical Arfandi itu hanya menyerahkan wang tunai dan set barang kemas kepada Andi Besse Qurrata Ayyun dalam acara peminangan yang berlangsung pada Khamis lalu. Hantaran lain seperti bilik pameran kereta, kenderaan, pakaian pengantin dan wang pembiayaan pengajian akan diberikan secara persetujuan khas.

Menurut bapa Dical, pemberian hantaran lain akan dilakukan dalam suasana tertutup.

Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Andi bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.

Disebabkan Andi akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai semua pengajiannya.

Dical merupakan pelajar semester empat Universiti Negeri Makassar, manakala Andi ialah pelajar Universiti Hasanuddin. Difahamkan, mereka berdua tidak bercinta, malah hanya pernah bertemu sebanyak beberapa kali.

Perkahwinan antara kedua-dua pasangan tersebut dijangka berlangsung pada 17 September ini.

Sumber: Detik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.