Hisyam Hamid Dikec4m Pegang, Dukvng Scha Elinnea

Uncategorized

Pasti ramai tahu sekarang sedang hangat ditayangkan drama Kerana Aku Isteri Bidaan di kaca televisyen lakonan Hisyam Hamid dan Scha Elinnea.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan aksi mesra kedua pelakon itu menjadi perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Hisyam dilihat sedang mendukung Scha sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Diruangan komen video itu, rata-rata netizen terkejut apabila melihat babak Hisyam mendvkung pelakon wanita lain.

Tidak kurang juga ada yang menyamakannya dengan pelakon Zul Ariffin serta ada yang menggelar Hisyam sebagai Zul Ariffin 2.0. Dalam pada itu, ada yang menyebut pelakon lelaki lain yang pernah mendukung heroin namun tidak dijadikan isu.

Sementara itu, ada netizen yang bertanyakan sama ada isteri Hisyam tidak cemburukah melihat babak tersebut. Meskipun ada segelintir yang mengecam, namun ramai yang sukakan gandingan Hisyam dan Scha dalam drama tersebut.

Sumber :Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.