Johnny Depp Menang S4man Fitn4h RM65 Juta Terhadap Amber Heard

Uncategorized

Selebriti terkenal Hollywood, Johnny Depp dilaporkan telah memenangi tuntutan s4man terhadap bekas isterinya, Amber Heard selepas juri memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitn4h.

Memetik laporan Sky News, Depp telah mendapat sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta).

Pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman Heard sebanyak 50 juta dolar (RM219 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post yang merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili pender4an domestik’.

Walaupun ia tidak menyebut nama Depp tetapi ia dinyatakan sebagai ‘fitn4h secara tersirat’ kerana artikel itu merujuk kepada dakwaan pender4an yang dibuat oleh Heard selepas mereka berpisah pada tahun 2016.

Manakala, Heard pula telah melakukan saman balas sebanyak 100 juta dolar (RM439 juta) berhubung kenyataan yang menggelar dakwaannya sebagai ‘t1pu daya’ yang dibuat oleh peguam bekas suaminya.

Dia telah mendapat sebanyak 2 juta dolar (RM8.7 juta) untuk tuntutan tersebut.

Menurut laporan, tujuh orang juri telah membuat keputusan untuk memihak kepada Heard atas pertuduhan dalam s4man balasnya itu.

Susulan kemenangan itu, Depp menerusi kemaskini di Instagram miliknya berkata bahawa matlamat untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah untuk mendedahkan kebenaran tanpa mengira keputusannya.

“Bercakap benar adalah sesuatu yang saya perlu lakukan untuk anak-anak dan orang di sekeliling yang terus memberikan sokongan.

“Saya berasa tenang mengetahui bahawa saya akhirnya berjaya mencapainya,” katanya.

Sumber: Sky News

Leave a Reply

Your email address will not be published.