”Saya Tak Suka Orang Kvtuk Isteri, Kata Macam-Macam..Saya Pun Terasa La” – Yonnyboii

Uncategorized

Baru-baru ini, penyanyi Yonnyboii dilihat berang dengan netizen yang tak habis meng3cam dirinya dan isteri, Nik Nazira, yang sudah tidak lagi bertudung.

Jangan kutvk isteri saya

Ketika ditemui OhBulan!, Yonnyboii menekankan dia manusia biasa yang mempunyai perasaan biarpun bergelar selebriti. Penyanyi berumur 24 tahun ini akui pernah terasa seperti g4gal melindungi isteri daripada ‘mulut j4hat’ netizen.

Saya tak suka orang kvtuk isteri, kata macam-macam..saya pun terasa la. Itu yang buatkan saya beng4ng sangat dan muat naik status berkenaan di Instagram.

Saya dan isteri, manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma, janganlah mengec4m teruk sangat sebab kami pun ada hati dan perasaan.

Kata pemilik nama lengkap Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, biarpun isterinya nampak tenang namun dia tahu ada luk4 yang berbekas di hati.

Saya tak suka tengok isteri saya sed1h. Walaupun dia (isteri) cakap okay tapi saya dapat rasakan dia sed1h. Saya sebagai suami bertanggungjawab untuk  buat isteri saya rasa selamat, gembira dengan hubungan ini dan rasa tidak teranc4m dengan orang lain.

Hati dah sejuk

Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit sedar apa yang terpaksa dilalui isterinya berikutan kariernya sebagai selebriti. Enggan memendam perasaan, Yonnyboii memohon maaf kepada umum atas ketelanjuran kata di media sosial.

Kalau saya bukan artis, pasti isteri tidak dikec4m teruk kerana tidak lagi bertudung. Jadi, inilah cabaran kerjaya saya yang perlu kami fahami bersama-sama dan cuba menghadapinya dengan baik.

Sekarang saya banyak memberi semangat kepada isteri untuk dia lebih kuat mengharungi cabaran kehidupan ini. Apapun, sekarang ini hati saya dah sejuk dan saya juga mohon maaf di atas semuanya.

Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram @yonnyboii

Leave a Reply

Your email address will not be published.