“Cliche Tp Tk Puas “,Drama ‘Melur Untuk Firdaus’ Raih Perhatian Netizen

Uncategorized

Menerusi satu klip yang meraih lebih satu juta tontonan di aplikasi Tiktok, drama bersiri ‘Melur Untuk Firdaus’ kini menarik perhatian ramai apabila drama tersebut membuatkan ramai cair dan ‘blushing’ akibat lakonan mantap dari Meerqeen dan Anna Jobling yang dikatakan begitu profesional dan membuatkan ramai tidak sabar menunggu episod seterusnya di depan kaca televisyen. Drama yang memceritakan Firdaus dipaksa untuk berkahawin dengan wanita yang bukan pujaan hatinya namun dikahwini juga dan akibat daripada itu, Melur yang mengetahui perkara sebenar cuba memikat hati suaminya yang seakan seperti batu itu.

Menerusi skeratan klip episod baru baru ini, adegan lakonan mereka membuatkan para netizen cair kerana ketangkasan dan kecerdikan Melur yang dilakonkan oleh Anna Jobling begitu menjiwai watak dan ramai yang menyatakan bahawa lakonan mereka persis realiti apabila Melur cuba berdebat dengan suami beliau berkenaan keterpaksaan suami beliau untuk menikahi dirinya. Walaupun kedengaran agak s4k1t dengan bait bait ayat dari suaminya, beliau cuba berlembut hati dan tidak mengeruhkan keadaan, lantas menyatakan bahawa suami beliau akan rugi jika tidak menikahi dirinya yang begitu cantik dan anguun. Hal ini membuatkan ramai menyatakan Melur amat pintar dalam cubaan memikat hati suaminya.

Rakaman penuh boleh ditonton di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti :

@reading 24/7 ᭡:drama ni walaupun plotline cliche aku tetap sukaaa HAHAHA rindu nya mengblushing sorang2

@CikRa:dah suka sebnarnya… lawa kot sapa taknk

@putericoffee:whereeer we can watch this selain kat tv sebab rumah aku takde tv nyah

@gwen:tak pernah ii duk tercongok depan tv tiap malam tiber keluar bilik sbb cerita punya hal

@𝕿𝖎𝖙𝖆𝖓𝖎𝖆𝕱𝖆𝖙𝖎𝖓𝖟:ni ak nmpak kalau aedy ngn amelia bwk watak diorang mesti lg ngam

@MalHeHe¹:Nikm4t1 lahh saat ii blushing kita… sbb kalau dh episode ujung ii mesti byk buat s4k1t hati

@_ AsyikinHz:nasib isteri jenis gini, klu jenis touching dan suka merajuk susah

@𝒑𝒓𝒆𝒕𝒕𝒚 !:Hmm satu ii nye drama melayu yng buat aku blushing terok HAHAHAHA

Walaupun kisah perjalanan drama bersiri ini dikatakana agak cliche untuk ditonton, namun para netizen berpuas hati edengan lakonan dari barisan pelakon tersebut sehingga menyatakan bahawa mereka menonton drama tersebut berulang ulang kerana kecomelan para pelakon tersebut dalam melakonkan drama tersebut seakan akan sama dengan drama korea yang mereka selalu tonton.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published.