[VIDEO] Pergi la follow ustazah.. follow pelakon buat apa! B4ng4ng!’, Yana Alyahya Label Netizen B4ng4ng Sebab Tegur Aurat Pelakon

Uncategorized

Pelakon filem Mukhsin, Yana Alyahya mengundang kritikan di laman sosial selepas menyelar tindakan netizen yang menegur ke arah kebaikan.
Follow la ustazah

Menerusi laman TikTok, Yana menyatakan dia terlihat komen warganet yang menegur perihal aurat seorang pelakon.

Timbul rasa kurang senang, aktres berumur 27 tahun ini mengeluarkan kata kesat dengan melabel individu terbabit ‘bang4ng.’
Okay so tadi saya nampak ada seorang lelaki komen dekat perempuan which is pelakon punya section. ‘Lama-lama dah tak ada aurat ke?’

‘Aku macam eh kau! Pergi la follow ustazah.. follow pelakon buat apa! Bangang!’
Menerusi perkongsian itu, Yana turut menulis kapsyen yang berbunyi; ‘Nak tegur boleh, tapi cerminkan diri sendiri dulu la ya?’
Pelakon kalis hukum Islam ke?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna kecewa dengan respon adik bongsu kepada Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.

Netizen menegaskan menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim termasuklah pada ustazah dan pelakon.

Sebelum ini, Yana pernah membintangi filem Mukhsin yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2006. Filem itu turut dibintangi oleh Syafie Naswip dan Adibah Noor.

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.