“Jangan sampai yang lain juga saya tunjuk semua.”- Iqbal Zulkefli

Uncategorized

Baru-baru ini, usahwan sensasi Iqbal Zulkefli ada memuat naik video menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian seorang usahawan wanita.

Menurut Iqbal, dia sudah menunggu dua tahun untuk membeli jam tangan berkenaan namun tidak sangka menerima hadiah tersebut.

Bagaimanapun, ada netizen beranggapan jam tangan tersebut bukan asli serta ada yang meminta Iqbal menunjukkan bukti resit pembelian.

Menjawab komen netizen, menerusi satu perkongsian di IG Story Iqbal berkata dia tidak mahu menayang resit jam tersebut kerana menghorm4t1 usahawan yang dianggap seperti kakaknya itu.  Malah, ada yang menuduh dia anak ikan kepada usahawan berkenaan.

“Saya tak tayang resit sebab hormat privasi kakak saya Datin @reenazach sebab tidak semua orang suka tayang macam saya. Tapi jika mahu, bila bila masa saya boleh tunjuk. Jangan sampai yang lain juga saya tunjuk semua.”

“Pergi semak di butik sendiri pun boleh untuk kepastian. Jujur, sewaktu saya tiada berkemampuan dulu pun saya tidak pernah ada barangan yang tidak original.”

“Cuba tilik dekat-dekat adakah ini original atau tidak. Jam Rolex tidak dijual dengan mudah walaupun kita mampu. Saya menunggu lebih dua tahun.”- katanya.

Terdahulu, Iqbal berkata dia sudah mengenali usahawan itu sejak 10 tahun lalu ketika dia merantau bersendirian di Kuala Lumpur dan wanita itu yang banyak membantunya.

Sumber : ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published.