Pemuda Teri4k Minta Tolong Selepas Ditarik Orang Utan

Uncategorized

Tangkap layar Hasan ditarik Orang Utan bernama Tina.

SEORANG pemuda melalui detik cemas selepas ditarik seekor orang utan ketika berada di depan kadang haiwan itu semasa bersiar-siar di Zoo Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau semalam.

Memetik laporan akurat,co, pemuda bernama Hasanal Arifin secara tiba-tiba ditarik orang utan yang diberi nama Tina, sebelum dia bertindak meminta tolong selepas p34nik dengan kejadian yang berlaku.

Video Hasanal itu telah tular di Indonesia ketika merekod dirinya bersama haiwan yang berada di dalam kandang.

Menurut penjaga zoo tersebut, Hasanal bertindak memasuki kawasan yang tidak dibenarkan kepada pelawat yang hanya dibenarkan untuk pekerja zoo sahaja.

Dia yang ket4kutan tidak henti-henti meminta tolong selepas h4iwan tersebut enggan melepaskannya.

Malah salah seorang rakan Hasanal turut membantu, sebelum berjaya melepaskan diri.

Sumber : Utusan Tv

Leave a Reply

Your email address will not be published.