Syafi Tee Menyesal Pakai Pendakap Gigi, Ada Gigi Taring Cantik & Comel

Uncategorized

Pelakon Syafi Tee akui menyesal mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi. Menurutnya, dia sebenarnya memiliki gigi taring kanan yang cantik.

Memetik Utusan Online, Syafie berkata teguran bapanya membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi.

“Sudah tiga tahun pakai sebab gigi tak berapa cantik. Tapi menyesal sebenarnya sebab ada gigi taring yang cantik pada belah kanan.

“Jadi bila diperbaiki rasa sayangnya… dahlah comel bagi saya. Malahan, ayah pernah tegur gigi saya tak teratur sebab adik-beradik lain semua elok,” katanya.

Kata Syafi lagi, meskipun dia tidak pernah dipersenda namun timbul perasaan tidak yakin pada diri sendiri.

“Dulu saya rasa insecure (tidak yakin) dan terasa jugalah nak ada perubahan tapi reda sahajalah,” katanya.

Sumber : ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published.