Heroin ‘Melur Untuk Firdaus’ Rupanya Gadis Kacukan Melayu-Inggeris

Uncategorized

Drama bersiri, Melur Untuk Firdaus yang bersiaran pada 27 Mei lalu mencetuskan fenomenanya tersendiri. Diadaptasi daripada novel ‘My Rude Wife’ karya Cik Nor Cinta, drama yang diarahkan oleh Zamri Zakaria ini tular sampai ke Indonesia.

Gandingan utama Anna Jobling dan Meerqeen dalam ‘Melur Untuk Firdaus’.

Gandingan Anna Jobling dan Meerqeen sebagai peneraju utama drama ini ternyata memberi impak sehingga menjadi bualan hangat warganet. Rata-rata suka dengan jalan cerita serta lakonan ‘sweet and natural’ kedua-dua bintang baharu itu.

Anna Jobling ‘lahir’ dari pertandingan Dewi Remaja 2018/2019. Anna dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai antaranya Haneesya Hanee dan Zeera Azizi.

Kecantikan Anna Jobling turut menjadi perhatian ramai. Mungkin ada yang masih belum mengenali siapa gadis kacukan Melayu-Inggeris ini.

Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini merupakan pemenang keempat Dewi Remaja 2018/2019. Anna yang kini berusia 22 tahun memiliki ketinggian 168 sentimeter dan merupakan seorang pelakon, pengacara serta model.

Bapanya yang berasal dari United Kingdom merupakan seorang jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya berbangsa Melayu anak jati Melaka. Anna yang merupakan anak tunggal dalam keluarga mula bergelar model fesyen untuk majalah dan iklan komersil pada usia 15 tahun.

Anna Jobling bersama ibunya.
Bersama bapa yang berasal dari United Kingdom.

Antara kelebihan dimiliki oleh Anna sebagai gadis berdarah kacukan ialah dia membesar dalam dua budaya berbeza iaitu Malaysia dan Inggeris. Dengan kelebihan itu, Anna menjadi seorang gadis yang matang dan berfikiran terbuka. Malah, Anna sangat menggemari makanan Malaysia biarpun mmeiliki darah kacukan Inggeris.

Meskipun berperwatakan lembut, Anna sebenarnya seorang pencinta aktiviti lasak seperti bungee jumping dan diving.

Antara ciri-ciri lelaki idaman Anna ialah memahami diri serta kerjayanya, dan paling penting bukan seorang pengongkong.

Untuk info, sebelum menyertai pertandingan Dewi Remaja Anna Jobling memulakan karier peragaannya dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia.

Sejak itu, Anna mula aktif sebagai model iklan televisyen dan penghias muka depan majalah. Manakala kerjaya lakonan Anna bermula apabila dia ditawarkan berlakon dalam filem Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Kredit Foto: Instagram Anna Jobling

Sumber:https://www.nona.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.