Ziela Jalil Selamat Jalani Pembed4han Bari4trik… Rupanya Dah Lama Ada Masalah Ni

Uncategorized

PELAKON dan penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil berkongsi dirinya selesai menjalani pembed4han pintasan usus (bari4trik) di sebuah pusat perubatan pada hujung Mei lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, Ziela atau nama penuhnya Norzilah Abdul Jalil menjalani prosedur tersebut bagi meningkatkan lagi tahap kesihatannya.

“Inilah hasil daripada pembed4han saya pada 31 Mei lalu. Selepas pembed4han saya juga melakukan follow up untuk memastikan semua simptom berkurangan.

“Sehari selepas pembed4han saya rasa sangat baik dan boleh berjalan dengan mudah,” katanya.

Saya sangat gembira diberi peluang untuk menambah baik tahap kesihatan

Menerusi video yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu, Ziela dilihat menggunakan khidmat doktor sama yang mer4wat penyanyi Datuk Aishah dan Ziana Zain sebelum ini.

Dalam tempoh sepuluh hari selepas pembed4han itu, Ziela juga mengikut nasihat doktor tersebut mengamalkan diet bagi proses pemulihan.

“Saya sudah mula makan makanan lembut yang mengandungi protein tinggi. Rej1m diet yang diberikan oleh doktor adalah untuk membantu proses pemulihan selepas pembed4han.

Ziela bersama Dr Mustapha yang bertanggungjawab menjalankan pembed4han tersebut.

“Saya sangat gembira diberi peluang untuk menambah baik tahap kesihatan,” jelasnya.

Sementara itu, Ziela turut berkongsi tahap kolestrol badannya tinggi ketika menjalani pemeriksaan sebelum prosedur pembed4han.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ziela Jalil (@zielajalil)


“Bayangkan bacaan kolestrol saya adalah 10. Kalau bukan kerana pembed4han ini saya tidak akan melakukan pemeriksaan kesihatan. Semua masalah ini disebabkan sindrom metabolik,” ujarnya.

Sementara itu, Ziela berkongsi, hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, dia pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua.

Ziela mended4hkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.

“Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu. Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan.

“Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan. Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu,” katanya.

Ziela berkongsi pernah disoal media mengenai perkahwinannya.

“Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi dengan cara berdiplomasi dan mereka faham. Kita tidak mahu ditudvh men1pu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai,” katanya.

Pesan pelakon drama sitkom 2+1 ini, mana-mana individu tidak perlu takut dengan kata-kata negatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.

“Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kec4man netizen. Saya katakan kepadanya, kalau ada komen negatif yang ditinggalkan dalam media sosial, pad4m sahaja dan sekat mereka.

“Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja,” katanya yang pernah membintangi filem Driving School ini.

Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahy4rham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.

KREDIT: MSTAR, BHARIAN, IG

 

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.