Empat Tahun Simpan Rahsia, Harris Annuar Sah Milik Asha Merican

Uncategorized

Sekali lafaz

Menerusi Instagram Live di akaun @harrisanuar, Harris dan Asha selamat diijabkabulkan sekitar pukul 4.00 petang.

Dengan hanya sekali lafaz, Haris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00 kepada Asha. Majlis pernikahan itu disaksikan keluarga oleh kedua-dua belah pihak serta rakan selebriti antaranya Hun Haqeem dan Safwan Nazri.

Haris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar kelihatan sebak saat dicium oleh ibu kesayangannya, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton sejurus usai akad nikah.

Hati wanita remuk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


Sebelum ini, aktor berumur 29 tahun ini ada memuat naik video sedondon memakai busana berwarna putih dengan kapsyen, ‘Selepas empat tahun.’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat peserta Hero Remaja 2017/18 terkejut kerana pasangan ini tidak pernah menayang percintaan di media sosial.

Selain dihujani ucapan tahniah, ada juga kalangan wanita yang meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui ‘crush’ mereka sudah menjadi milik Ash.

@nurfatinhaziqah: Ingat betul la single.. Ceittt 4 tahun dah rupanya.

@ciknanaaaaaaaaaaaa: Abang botak is not available.

@azlinarasyid: Okey dah boleh unfollow.

@ainanajwa10: Know know kahwin.

@dzuljacob94: Dalam diam. Tahu-tahu dah kahwin bro. Tahniah selamat pngantin baru. Hidup abang botak.

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.