Aafiyah dah sekolah! Siti Nurhaliza sebak, hampir menangis hantar anak masuk tadika

Uncategorized

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja dan sebak apabila melihat anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah kini sudah memasuki alam persekolahan.

Menerusi Instagram, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi momen anak perempuannya itu teruja bangun awal pagi untuk bersiap ke tadika.

Hampir mengalirkan air mata kerana terharu, Siti memberitahu Aafiyah terlalu seronok ketika dihantar ke sekolah hingga terlupa untuk mencium tangan kedua ibu bapanya.

Sampai sekolah, depan pintu kelas dia terus masuk tak tengok belakang dah.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

“Alhamdullillah, hari ini hari pertama Aafiyah masuk pre-school. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan, dia kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah… Subhanallah.

“Sampai sekolah, depan pintu kelas dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah, ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan saja,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Siti turut berkongsi foto dia bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K dan Aafiyah yang memakai baju seragam tadika.

Siti Nurhaliza

Siti bersama dua orang anaknya.

Rata-rata netizen memuji penampilan Aafiyah yang kelihatan kemas dan tidak menyangka puteri sulung penyanyi berusia 43 tahun itu sudah memasuki alam persekolahan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lip Lap Raya ini turut mendoakan agar dipermudahkan perjalanan anaknya menuntut ilmu.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akh1rat.

“Dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. (Terima kasih Cikgu Na bantu Aafiyah),” katanya.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.

Sumber : mStar

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.