Apa Beza Antara Bata Merah Dan Bata Putih? Mana Lebih Baik? Abang Tukang Ni Jelaskan

Uncategorized

Sebenarnya apa beza antara bata merah dan bata putih? Ini kerana kedua-duanya digunakan dalam sektor pembinaan yang sama.

Kita sedia maklum batu bata merupakan antara bahan asas yang digunakan untuk membuat struktur binaan. Namun ia mempunyai beberapa variasi yang berbeza, antaranya bata merah dan bata putih.

Bagi yang sedang merancang untuk membina rumah idaman, sebaiknya mereka perlu membuat perancangan teliti untuk memilih bahan binaan yang berkualiti agar keselamatan dan keselesaan terjamin.

Jadi, apa beza dan kegunaan untuk kedua-dua jenis bata ini? Untuk mengetahui ilmu ini dengan lebih lanjut, mari sama-sama kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh rahm4t1brahimofficial di TikTok.

Bata merah atau bata putih

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform media sosial itu, Rahmat menyatakan bata merah diperbuat daripada tanah liat yang dibak4r.

Dari segi ketahanan, bata merah dapat menahan haba dan menjadikan ruang rumah sejuk berbanding bata putih.  Bagi pembangunan jenis, bertingkat, bata merah lebih disarankan.

Manakala bata putih pula, ia sesuai untuk pembinaan rumah jenis teres atau satu tingkat ke bawah. Jelasnya, sebaiknya gunalah  bata yang mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib seperti SIRIM.

Daripada segi kekurangan pula, kos bagi penggunaan bata merah adalah lebih tinggi berbanding dengan bata putih. Selain itu, permukaan dinding bata merah juga tidak sekata.

Sehubungan itu, ia memerlukan lebih banyak pasir dan simen untuk meratakannya. Untuk mendengar lebih banyak info yang disampaikan oleh Rahmat, anda boleh menonton video dibawah.

@rahmatibrahimofficial Reply to @kipasmo Saya cuba jelaskan. Kalau ada salah silap, tegur. #fyp #foryou #viral #trending #stopa ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays


Video ini telah mendapat sambutan daripada pengguna platform media sosial itu dengan mendapat 163,000 lebih tontonan dan 16,000 tanda ‘suka’.

Perkongsian video itu telah mendapat reaksi positif dan ada sesetengahnya meminta pandangan beliau.

“Soalan yang bagus, jawapan pun bagus dan senang difahami. Semoga saudara terus berkongsi ilmu,” kata Sylvester’.

“Apa material yang boleh kurangkan bahang haba dalam rumah selain bata merah?” tanya Muhamad Amin242.

Sumber: TikTok rahm4t1brahimofficial via siakapkeli

 

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.