“Habis Sudah Air Mata Saya, Jangan Ganggu Hidup Kami Lagi” – Azri Iskandar

Uncategorized

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan apabila seorang wanita dikenali sebagai F mendakwa diajak bernikah oleh pelakon Azri Iskandar serta sudah berjumpa dengan keluarga pelakon itu di kampung.

Memetik Harian Metro, Azri berkata dia tidak mahu bercakap lagi mengenai wanita F itu serta meminta supaya tidak meng4nggu hidupnya bersama kekasihnya, Dr Azra Diera.

“Habis sudah air mata saya. Jadi jangan ganggu hidup kami lagi. Saya dah tak tahu nak m4rah, sebab saya punya marah dan carut4n sudah dilepaskan kepada portal berita dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jadi cukup! Saya takkan cakap apa-apa lagi berkenaan wanita F. Air mata saya pun dah habis. Lepas ni air mata saya untuk Dr Azra Diera, 43 saja. Air mata Azra pun untuk saya, bukan untuk perempuan itu,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan ibu kekasihnya yang jatuh pengsan sehingga dimasukkan ke hospital, Azri berkata bakal ibu mentuanya itu masih berada di dalam w4d.

“Mak Azra masih dalam w4d, tapi alhamdulillah dia okay. Tekanan d4rah menjadi tak stabil sebab dia terkejut selepas menonton video perempuan itu. Dia bukan orang muda, mak dan ayah Azra sudah berusia lebih 70 tahun. Kami pun jadi ‘s4k1t’ disebabkan masalah ini. Mak tu s4k1t, akibat kejadian ni dia di hospital,” katanya.

Terdahulu, Azri berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita bernama F serta portal yang susulan tuduh4n wanita itu yang dianggap fitn4h.

Sumber : Roti Kaya

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.