“Lagipun dia anak pertama kan” – Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja

Uncategorized

Dalam temubual bersama Nona baru-baru ini, selebriti popular Neelofa berkata dia mungkin akan membawa anaknya, Muhammad Bilal ke tempat kerja.

Menurut Neelofa, anaknya itu sangat rapat dengan dirinya berbanding suaminya, PU Riz dan apabila anaknya itu besar dia merancang untuk membawa ke tempat kerja.

“Bila dia besar sikit, Lofa mungkin akan bawa ke tempat kerja sebab senang nak uruskan. Lagipun dia anak pertama kan,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalamannya bergelar seorang ibu, Neelofa berkata pada awalnya dia seakan tidak percaya sudah mempunyai cahaya mata.

“Seminggu pertama saya masih tak percaya yang sudah ada anak. Cuma lepas habis pantang, perasaan menjadi ibu itu semakin terasa apabila saya dah kenal dan faham ragam dia.

“Memang rasa bersyukur sangat. Setiap kali tengok muka anak, saya rasa lembut hati. Suami pun jadi sangat protektif,” katanya.

Dalam temubual itu juga, Neelofa turut memberi pesanan kepada suami isteri menimba ilmu dahulu sebelum menimang cahaya mata serta turut menitipkan doa buat mereka yan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Sumber : Roti Kaya

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.