Pemuda anggap anj1ng jalanan macam kawan, ada duit lebih belanja Pizza Hut, KFC… hari-hari biasa diberi makan ‘dry food’

Uncategorized

BUKAN biasa-biasa selera sekumpulan anj1ng jalanan, sesekali mahu juga makan sedap!.

Menyedari perkara ini, seorang pemuda bertindak memberikan piza kepada haiw4n itu.

“Makanan anj1ng pun kayangan,” komen seorang netizen terhadap video pemuda berkenaan yang mengeluarkan kepingan piza dari kotak Pizza Hut.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Faiz Basirun berkata, dia membeli tiga kotak piza daging ayam untuk kira-kira 18 ekor anj1ng.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Dalam kejadian pada Sabtu petang itu, pemuda berusia 20 tahun itu berbuat demikian di kawasan lapang berdekatan dengan pantai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Sebelum ini saya beri anj1ng-anj1ng dengan makanan kering (dry food). Kebetulan saya ada rezeki lebih selain sumbangan orang ramai, jadi saya belikan piza pula.

“Kasihan anj1ng-anj1ng ni, asyik makan dry food. Saya anggap anj1ng ni macam kawan. Kita yang manusia kalau hari-hari makan benda sama pun akan bosan,” katanya ketika dihubungi.

anjing makan pizza 2

Faiz mempunyai rezeki lebih untuk memberikan makanan yang berbeza kepada anj1ng-anj1ng.

Lebih mesra disapa Faiz, dia bagaimanapun menjelaskan bahawa piza yang dipesannya adalah mengikut kesesuaian bagi mengelakkan anj1ng-anj1ng itu s4k1t.

“Anj1ng ni suka makan ayam. Sebab tu sebelum ni pun saya beri anj1ng-anji1ng makan ayam goreng KFC. Tapi untuk piza ni, saya beritahu staf di kedai supaya jangan letak sos dan inti sayur dan buah-buahan, cukuplah roti dan lapisan cebisan ayam tu,” katanya.

anjing makan pizza 4

Kebiasaannya, Faiz memberi makanan kering kepada anj1ng-anj1ng.

Berasal dari Langkawi, memberi makanan kepada anj1ng bukanlah perkara baharu bagi anak muda ini kerana ia sudah dilakukan sejak di bangku sekolah.

“Masa tu sementara tunggu arwah atuk datang jemput untuk balik ke rumah, saya akan beri roti atau sosej pada kucing dan anj1ng yang berkeliaran dekat luar kawasan sekolah.

“Tapi saya semakin aktif beri makanan kepada anj1ng sejak bulan Ramadan lalu. Masa tu saya beli nasi kerabu dan ayam goreng untuk berbuka puasa di sebuah kedai.

“Kemudian ada sembilan ekor anj1ng datang dekat saya, jadi saya rasa kasihan dan berikan separuh. Bermula dari keesokannya saya datang semula dan saya beri makanan anj1ng kepada haiw4n-h4iwan ni,” ujarnya yang berasal dari Langkawi.

anjing makan pizza 3

Selesa berhadapan dengan sekumpulan anj1ng jalanan.

Sering diajukan persoalan mengapa memberi makanan kepada anj1ng, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, tidak ramai yang mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

“Kalau kucing datang ke kedai makan, tuan kedai atau pelanggan pasti bagi makanan. Tapi kita susah nak tengok orang beri makanan bila anj1ng datang.

Susah nak tengok orang beri makanan bila anj1ng datang. Orang hal4u anj1ng lagi ada lah.

FAIZ

“Saya rasa orang hal4u anj1ng lagi ada lah, mindset orang kita yang anj1ng ni gan4s. Bila saya fikir kenapa anj1ng akan atta4ck. Anj1ng sebenarnya lapar datang nak minta makanan, itu yang macam kacau orang,” katanya yang menjadikan sumber pendapatan dengan membuat reviu dan pengacara majlis secara sambilan.

Maka tidak hairanlah anj1ng-anj1ng yang ditemuinya diberikan makanan h4iwan setiap hari, malah sehingga tiga kali sehari sekiranya mempunyai masa dan sumbangan lebih.

anjing makan pizza 5

Faiz bersimpati dengan nasib anj1ng jalanan yang sering dipinggirkan.

Menurut Faiz lagi, antara sumbangan diterimanya adalah makanan anj1ng dan kucing daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga pencinta h4iwan selepas mengetahui kisahnya memberi makanan kepada bin4tang di media sosial.

Faiz yang bercita-cita untuk menjadi pembaca berita mengakui terdapat segelintir netizen mempersoalkannya sanggup berbelanja untuk memberi makanan ‘mewah’ kepada anj1ng.

“Ada yang persoal kenapa bagi anj1ng, tak beri pada orang sus4h. Siapa yang follow saya di media sosial, pasti tahu yang saya juga sering bantu beri makanan kepada orang susah.

“Bila ada yang persoalkan, saya jawab saja yang anj1ng juga mahkluk ciptaan Tuhan. Kalau kita bagi h4iwan ni makan tiga hari, tiga tahun dia akan ingat kita. Tapi kalau kita bagi orang makan tiga tahun, tiga hari pun belum tentu dia ingat,” katanya.

 

Sumber : Mstar

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.