“Btw, I love ur movie please slide to left.” – Hairul ucap ‘tq’ buat jurulatih Harimau Malaya

Uncategorized

Tentu sahaja penyokong Malaysia sangat gembira yang mana kemenangan keatas pasukan bola sepak Bangladesh dari skuad Harimau Malaya dengan 4-1 dalam pusingan kelayakan Piasa Asia 2023 pada malam tadi.

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan kehadiran ramai penyokong Malaysia mahupun Bangladesh turun padang memberikan sokongan masing-masing.

Dalam pada itu, posting daripada pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen turut menjadi perhatian ramai sebentar tadi apabila dia menulis kapsyen panjang sempena kemenangan pasukan Harimau Malaya pada malam tadi.

Hairul Azreen bersama dua keping foto dimuat naik olehnya turut berkata diruangan kapsyen dengan mengucapkan terima kasih buat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Namun begitu, dalam pada dia berterima kasih kepada jurulatih Harimau Malaya tersebut sempat juga Hairul Azreen berseloroh dengan mengatakan, “Btw, I love ur movie please slide to left.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Seloroh Hairul Azreen tersebut bagaimanapun turut mengundang tawa buat rakan selebriti dan warganet dan ternyata ramai yang berpandangan yang sama mengenai wajah sama jurulatih tersebut dengan pelakon dalam filem Squid Game.

“Ooo dia la rupanya, patut game dia susun baik…”

“Bukann bukannn”

“Sama tapi bukan dia”

“Patut macam pernah nampak”

Sumber :

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.