[ VIDEO] 2 Tahun Tak Bayar Hut4ng, Wanita ‘P3rli’ Beri Sampul Kosong Di Majlis Perkahwinan Kawan

Uncategorized

Dah hampir dua tahun hut4ng tak bayar-bayar. Wanita Ini terpaksa beri sampul kosong untuk kawannya bagi menyedarkannya bahawa rakannya berhutang dengannya.

JAKARTA – Hut4ng merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi. Tidak kiralah sama ada nilainya besar atau sedikit, namun, bila namanya hut4ng, hukvmnya wajib dibayar.

Walaupun si pemberi tidak menuntut semula hut4ngnya, janganlah pula kita jadikan ia sebagai alasan untuk tidak membayar kembali.

Namun, bagaimana pula sekiranya si pemberi menuntut kembali hut4ng lamanya?

Perkara ini sama seperti tindakan seorang wanita yang nek4d menuntut hutang sewaktu majlis perkahwinan kawannya itu berlangsung.

Menerusi laman Wolipop, wanita tersebut telah bertindak meminta hut4ng dengan cara yang unik apabila dia sengaja memberikan sampul kosong dan menuliskan beberapa ayat untuk kawannya yang berkahwin itu.

Perkara itu telah dimuat naik melalui sebuah akaun Tiktok.

Video tersebut memperlihatkan dirinya sedang menulis permohonan maaf kerana memberikan sampul kosong.

Dia bertindak sedemikian disebabkan kawannya itu masih memiliki hutang yang belum dilangsaikan selama dua tahun.

Oleh kerana terlalu beremosi, dia terpaksa bertindak sedemikian dan ‘menghalalkan’ sahaja hut4ng kawannya itu.

“Maaf ya cuma beri sampul kosong, hut4ng kamu RM150 (Rp 500 ribu) sudah dua tahun lebih belum dibayar. Anggap saja itu adalah isi sampulku, daripada tak ada khabar. Anggap je hut4ng kamu dah lunas! Selamat berbahagia,” tulisnya di atas sampul tersebut.

Video tersebut telah tular dan mendapat tontonan melebihi 3.4 juta.

Menurut wanita tersebut, kawannya itu telah meminjam wang dan berjanji untuk membayarnya selepas mendapat gaji. Namun, dua tahun telah pun berlalu dan kawannya masih berdiam diri sehingga kini.

Justeru, sewaktu majlis perkahwinan kawannya itu, dia nekad untuk menyedarkan kawannya.

Tambahnya, tindakannya itu diharapkan dapat dijadikan pengajaran serta peringatan untuk mereka yang berhutang supaya membayarnya ketika berkemampuan.

“Sekiranya dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, sudah semestinya dia memiliki duit,” ujarnya.

Sumber : Siakap Keli

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.