Ms Marvel: ‘Superhero’ Muslim Pertama Terima Reaksi Positif Masyarakat Islam Amerika Syarikat

Uncategorized

Dalam satu artikel yang diterbitkan di IGN, seorang wartawan wanita Muslim berbangsa Pakistan, Unzela Khan telah berkongsi pendapatnya mengenai siri superhero Muslim pertama – Ms Marvel yang kini ditayangkan di saluran Disney+.

Pada mulanya, dia agak skeptikal dengan pengumuman Disney untuk menjadikan Ms Marvel sebagai sebuah siri memandangkan Hollywood sebelum ini memang selalu tidak berlaku adil dalam memaparkan watak seorang Muslim.

Lebih-lebih lagi fahaman Islamof0b1a masih kuat di seluruh dunia dan orang Islam sering dilabelkan sebagai penj4hat dan pengg4nas.

Agak sukar bagi seorang wanita Muslim sepertinya untuk menemui satu siri TV atau filem yang memaparkan bahasa, budaya dan ag4manya terutama sekali yang boleh diakses oleh penonton arus perdana.

Watak seorang Muslim memakai hijab dalam Spider-Man: Far From Home (2019) merupakan watak yang paling hampir untuk disamakan dengan dirinya pada masa lalu.

Akhirnya tahun 2022 menyaksikan lahirnya Ms Marvel yang memaparkan watak wanita Islam Pakistan-Amerika dengan membawa perubahan yang dinanti-nantikan.

Ms Marvel

Dalam 5 minit pertama menonton Episod 1 Ms Marvel, penonton Muslim sepertinya terkejut apabila mendengar ungkapan-ungkapan ‘Bismillah’, ‘Allah Subhana-Wa-Taala’ dan ‘Astaghfirullah’ dalam konteks kasual yang dapat dikaitkan dalam perbualan harian seorang Muslim di rumah.

Butiran-butiran kecil seperti papan tanda yang tertulis ‘Halal’ dalam beberapa babak membeli-belah pula berjaya menunjukkan penyatuan masyarakat Islam yang normal di New Jersey.

Kamala Khan, watak utamanya juga digambarkan sebagai seorang remaja Muslim yang biasa, ceria dan lantang bersuara serta hanya mahu berseronok dengan rakan-rakannya.

Namun, dia masih menghorm4t1 dan cuba mematuhi perintah kedua-dua orang tuanya yang tidak mahu melihat anak dara mereka terjerumus ke lembah m4ksiat.

Dalam Episod 2, penonton sekali lagi dibawa untuk melihat sendiri kehidupan seorang remaja Muslim di Amerika Syarikat dengan lebih jelas.

Kamala dan rakannya yang berhijab turut dipaparkan bergurau senda sambil berlari-lari ke masjid, sama-sama berwuduk, mendengar ceramah agama dan menyambut kemeriahan Hari Raya.

Industri perfileman dan TV di Amerika Syarikat selepas ini diharapkan dapat mengambil perhatian dan belajar sesuatu dari siri Ms Marvel yang kini ditayangkan di saluran Disney+ dan baru sahaja selesai 2 episod pertamanya.

Siri ini walau bagaimanapun didapati masih tidak menunjukkan ciri-ciri dan ajaran Islam yang sebenar dan masih memaparkan perkara terlarang seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, parti li4r, minuman ker4s dan sebagainya.

Namun, itulah realitinya kehidupan seorang remaja di Amerika Syarikat ketika ini dan pada pendapat Unzela Khan, Ms Marvel merupakan sebuah siri yang ‘paling Muslim’ setakat ini.

Sumber:ROTIKAYA

Sumber :

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.