“budak-budak sekarang sangat mvnja” Lana Nodin Rancang Nak Ambil Orang Asli Kerja Di Kedai Bakeri

Uncategorized

Pelakon Lana Nodin berkata dia merancang untuk mengambil Orang Asli sebagai pekerja di kedai kek miliknya.

Memetik mStar Online, Lana berkata sukar untuk mencari pekerja sekarang ditambah pula dengan generasi muda yang pelbagai kerenah serta tidak boleh ditegvr.

“Bukan saya cerewet pilih pekerja, sebab semua pekerja boleh dilatih. Sekarang ini saya perlukan 10 orang pekerja lagi dan mungkin akan ambil orang asli sebagai pekerja.

“Sebab sekarang ini susah nak cari pekerja. Macam-macam perangai… budak-budak sekarang sangat manja. Bila esok kena tegur sikit, dah tak nak datang kerja.

“s4k1t kepala sikit, dah tak boleh kerja. Tak macam kita dulu, tak ada transport tetap cari jalan untuk pergi kerja. Bagi saya, orang bagi alasan macam itu susah nak berjaya,” katanya.

Lana berkata dia seorang majikan yang tegas namun dalam masa yang boleh dijadikan sebagai kawan. Namun, jika tidak melakukan kerja dengan betul pasti dia akan menegur.

“Pekerja saya cakap, saya ini seorang yang teg4s. Saya akan bising kalau apa yang mereka buat tidak betul. Tapi bila semua okay, saya boleh saja jadi seperti kawan.

“Boleh bergur4u juga. Tapi bab kerja tak betul, memang saya akan tegvr… mereka pun dah tahu cara kerja saya macam mana. Ramai pekerja yang masih bekerja dengan saya ini memang mereka nak kerja dan menambah ilmu,” katanya.

Pada Mac lalu, Lana berkongsikan berita gembira apabila membuka sebuah kedai roti dan kek diberi nama Lana’s Bakery Land terletak di Kota Damansara.

Sumber : Roti Kaya

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.