Majlis Perkahwinan Sepasang Kucing Tular, Siap Ada Saksi Dan Kad Jemputan lagi

Uncategorized

Pasti ramai yang tak pernah sangka bahawa ada juga orang yang meraikan kucing kahwin dengan melaksanakan sebuah majlis perkahwinan seperti manusia. Kalau nak tahu, ikuti artikel di bawah ini.

Majlis perkahwinan lazimnya merupakan penyatuan antara dua manusia. Namun, perkara sebaliknya telah berlaku di Yaman apabila adanya perkahwinan diantara haiwan peliharaan sehingga terciptanya suatu majlis yang lengkap diraikan.

Bermacam-macam ragam orang pada zaman sekarang ini. Baru-baru ini, tular di media sosial apabila terdapat satu berita yang amat jarang didengari iaitu terdapat sekumpulan masyarakat di kota Aden, Yaman telah menganjurkan majlis perkahwinan antara dua ekor kucing lengkap dengan kehadiran saksi.

Lebih mengejutkan lagi, proses perkahwinan dua ekor kucing tersebut seakan-akan sama prosedurnya dengan perkahwinan manusia iaitu siap dengan pakej jemputan dan sorakan tetamu yang hadir.

Menurut artikel di News Middleeast, terdapat sebuah rakaman video yang dirakam oleh masyarakat di sana di mana menunjukkan kejadian dan situasi perkahwinan kucing tersebut.

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki sedang memegang sehelai kertas dan membacakan butiran kontrak perkahwinan antara kedua-dua kucing tersebut.

Setelah kontrak dibacakan, lelaki tersebut bertindak menandatanganinya dan kemudian mengambil cap jari kedua-dua kucing itu serta mengecop dokumen sebagai tanda persetujuan.

Majlis Perkahwinan

Menurut saksi, majlis itu didahului dengan edaran kad jemputan rasmi kepada orang terdekat. Jemputan majlis tersebut terdiri daripada penduduk yang berada di kawasan berkenaan.

Jemputan

Sumber tempatan melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di daerah Al-Mualla di ibu negara, Aden. Masyarakat di sana menyifatkan ia sebagai majlis perkahwinan paling aneh.

Majlis itu turut dihadiri oleh orang yang sedang berkabung. Turut hadir bersama adalah mereka yang diketahui mempunyai jawatan yang tinggi dalam masyarakat setempat.

Mereka menjelaskan bahawa majlis akad nikah itu berlaku di antara dua ekor kucing yang dibuat secara rasmi. Tambahan pula, kontrak yang dibuat adalah melalui kertas yang ditulis oleh seseorang yang diketahui mempunyai kuasa undang-undang dan kontrak tersebut telah siap ditandatangani oleh dua ekor kucing berkenaan.

Sumber : Siakap Keli

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.