“Bila Tengok Bilal…,” – Scha Alyahya

Uncategorized

“Bila tengok Bilal.” Itu kapsyen ringkas yang ditulis pelakon dan hos, Scha Alyahya menerusi satu perkongsian video pendek di Insta Stories, pada Jumaat.

Menerusi video pendek itu, Scha dirakam sedang melihat sesuatu di skrin telefon bimbit milik Neelofa, seterusnya teruja seolah-olah berkaitan dengan kapsyen yang ditulisnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa perkara sebenar yang sedang dibualkan dua bintang berkenaan.

Kedua-duanya bertemu selepas diundang ke majlis rumah fesyen terkenal di Pavilion, Kuala Lumpur.

Terdahulu, keputusan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang masih belum berkongsi foto penuh anak pertama mereka yang dil4hirkan pada 29 Januari lalu mencetuskan reaksi pelbagai peminat.

Pun demikian, pasangan selebriti berkenaan mengakui ia dilakukan atas sebab tertentu untuk belum lagi mended4hkan wajah Muhammad Bilal kepada umum.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Sementara itu, Scha dan Neelofa sebelum ini merupakan Juara Dewi Remaja bagi dua edisi penganjuran yang berbeza.

Sumber : Media Hiburan

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.