Syamsul Yusof Did4kwa Dah Bertunang Dengan Ira Kazar?

Uncategorized

Perkongsian pelakon Puteri Sarah di IG Story menjadi perhatian apabila berkongsi mengenai laporan portal yang mend4kwa suaminya, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan Ira Kazar.

Menerusi entri itu, Puteri Sarah turut memberikan reaksi pada kiriman tersebut dimana dia meluahkan rasa syukur jika ianya benar.

“Kalau betul alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya.

Memetik Harian Metro, Sarah berkata dia tidak ambil tahu tentang apa yang berlaku kerana sibuk dengan penggambaran dan anak-anak.

“Saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama dalam masa tempoh hari anak masuk hospital. Jadi, memang tak ambil tahu apa yang berlaku termasuklah isu ini (Syamsul dan Ira kahwin).

“Sejujurnya, saya tak nak peningkan kepala dengan isu ini. Saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang saja. Fokus pada kerjaya dan anak-anak. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah SWT.

“Apa pun saya berterima kasih kepada orang ramai yang ambil berat terhadap diri saya dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan terbaru Syamsul dan anak pelakon Kazar itu sudah bertunang, Sarah berkata dia tidak tahu menahu.

“Saya tak tahu,” katanya.

Terdahulu, pengarah Datuk Yusof Haslam mengakui terkejut dengan berita anaknya, Syamsul Yusof didakwa bakal berkahwin dengan wanita dikenalinya sejak empat tahun lalu serta berharap ianya tidak menjadi kenyataan.

Sumber : ROTIKAYA

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.