“2.81 Kilogram, Kel4hiran Secara Normal,” – Rezeki Raja Farah, Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan

Uncategorized

Pelakon, Raja Farah menyatakan rasa syukur selepas hajatnya untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan.

Menurut Farah, bayi perempuan seberat 2.81 kilogram itu telah selamat dil4hirkan secara normal pada 17 Jun lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Farah Raziz (@rajafarahraziz)

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur, keluarga kecil kami bertambah lagi dengan kehadiran puteri sulong kami.

“Saya selamat mel4hirkan pada 17 Jun, 9:40 pagi, girl, 2.81kg, kelahiran secara normal,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon filem Anak Halal itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Dalam pada itu, Farah turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya sepanjang meng4ndung dan mel4hirkan cahaya mata ketiganya itu.

“Terima kasih semua yang mendoakan dari sebelum saya pregnant untuk dapat baby girl, sampai pregn4nt dan smpi selamat saya mel4hirkan. Really appreciate semua.

“Thank you Dr Ainul, my gynae dari anak sulung, Imran dulu, sampailah baby girl kami ni. Ada aje dramanya dari second baby and this baby girl,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Farah dan suaminya.

Sekadar informasi, Farah dan suaminya, Iskandar Ismail telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 6 September 2015 dah telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber : Media Hiburam

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.