Analisis Saintis Dapati Amber Heard Milik Bentuk Wajah Paling Cantik & Sempurna Di Dunia

Uncategorized

Dunia mungkin telah melihat sisi berbeza dari susuk tubuh seorang aktress Hollywood tentang keperibadiannya, Amber Heard apabila fakta-fakta perbicaraan mahkamah bersama bek4s suami, Johny Depp dided4hkan kepada umum. Namun, merujuk kepada analisis sains, Amber Heard memilik bentuk wajah yang paling cantik dan sempurna di dunia.

Menurut WION News, berdasarkan formula khas yang dibangunkan oleh saintis, dapatan kajian menunjukkan pelakon itu mempunyai wajah yang paling sempurna. Teknik ini telah mempertimbangkan pelbagai ciri dan jarak untuk mereka melukis wajah yang sempurna. Ciri seperti mata, bibir dan bentuk muka diukur dan dianalisis sebelum ditentukan tahap kecantikan seseorang.

Analisi pada wajah Heard telah menunjukkan betapa hampir wajahnya dengan ‘Nisbah Emas Yunani’ iaitu ‘Beauty Phi’ pada nilai 1.618.

Terdahulu pada tahun 2016, wajah Heard dalam gambar telah diperiksa dan Dr Julian De Silva dari Harley Streer mendapati bahawa ciri-cirinya adalah paling hampir dengan bacaan peratus sebanyak 91.85%.

Dr De Silva berkata bahawa selepas teknik ‘pemetaan’ komputer baharu telah ditetapkan dan algoritma untuk titik penanda utama pada wajah dicipta, beliau memutuskan untuk menguji sistem tersebut pada wajah beberapa wanita paling cantik di dunia.

“Orang Yunani mendapati bahawa nisbah itu berlaku di mana-mana kawasan atau tempat selama beribu-ribu tahun dan dianggap pemegang formula rahsia wajah-wajah paling cantik di dunia.

“Nisbah Phi 1.618 telah lama dianggap menyimpan rahsia untuk kecantikan, tetapi kini dengan pemetaan komputer kita boleh mengira bagaimana ia terpakai kepada wanita sebenar,” katanya yang dipetik dalam Us Weekly, lapor WION.

Menggunakan algoritma yang sama, kajian telah mendapati Johansson mempunyai mata yang sempurna, pelakon model Emily Ratajkowski mempunyai bibir yang paling cantik, Kim Kardashian mempunyai kening yang terbaik dan Selena Gomez sempurna dengan kasut tumitnya.

Sumber : Siakap Keli

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.