“Berani Dia Tengk1ng Anak PM” – Dafi Hilang Telefon Bimbit, Tindakan Hairul Raih Perhatian Ramai

Uncategorized
Baru-baru ini, pelakon popular Hairul Azreen memuat naik posting terbaru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan penyanyi Dafi sedang mencari telefon bimbitnya yang hilang di dalam sebuah bas dinaiki Hairul dan rakan-rakannya yang lain. 
 
Oleh kerana tidak menjumpai telefon bimbitnya, Dafi terus mencari di bawah kerusi bas berkenaan dan berharap bahawa telefon bimbitnya akan dijumpai namun tidak.
Oleh itu, Hairul yang sedang berdiri di hadapan bas itu telah menyuruh rakan-rakannya yang lain untuk membuat panggil ke telefon Dafi tetapi kebanyakan berkata mereka tidak mempunyai kredit untuk membuat panggilan. 

 
Hal ini menyebabkan Dafi mula mengesyaki bahawa rakan-rakannya telah menyorok telefon bimbitnya itu dan ingin membuat ‘prank’ terhadap dirinya. 
 
Hal ini menyebabkan Dafi terus berkata bahawa Hairul yang mengambil telefonnya. 
 
Oleh kerana bimbang bahawa lakonan mereka kantoi, Hairul terus memarahi Dafi dengan mengatakan bahawa sejak dari awal lagi dia berdiri di bahagian depan bas dan tidak mungkin dia mengambil telefon bimbit Dafi. 
 
“Aku kat depan hawau”, kata Hairul Azreen. 
 
Hairul juga berlakon seolah-olah dia sedang bengang dengan sikap Dafi yang menuduh bahawa dia yang mencuri telefon bimbit Dafi. 
 
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Hairul yang menengking Dafi. Ada juga yang mengatakan bahawa Hairul sangat berani membuat ‘prank’ ke atas anak kepada perdana menteri kita. 
 
Namun, di ruangan komen, Hairul berkata itu semua hanyalah ‘prank’ dan lakonan kerana ingin mengusik Dafi yang cepat gelabah. – CARI
 

Sumber:cari.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.