“Kalau ada duit, saya akan tukarkan ia dengan emas…” – Sajat berkongsi gaya hidup serta bisnes

Uncategorized

“Kalau ada duit, saya akan tukarkan ia dengan emas.” Itu kata usahawan sensasi, Nur Sajat apabila berkongsi mengenai gaya hidup serta bisnes yang pernah diusahakannya di Malaysia sebelum ini.

Sajat yang pernah muncul dengan single Makhluk Penggoda antara lain berkongsi perkara berkenaan menerusi sesi IG Live yang dilakukan pada malam Selasa, waktu Malaysia.

Malah hasil tersebut akhirnya memberi ruang buatnya untuk memulakan bisnes kedai emas sendiri.

“Dulu masa mula-mula saya niaga, sekitar tahun 2017, saya selalu simpan (beli) jongkong emas seberat 100gram. Setiap kali terima gaji, saya akan beli 100gram (emas).

“Dulu gaji saya (2017) dalam RM15,000 ke RM17,000 kadang-kadang campur dengan elaun dan sebagainya. Saya beli ‘gold bar’ masa tu harganya sekitar RM13,000, 100gram.

“Memang tiap bulan akan beli. Kalau dah 10 bulan, dah dapatlah 1 kilogram. Itulah mula-mula… kemudian saya rasa seronok sampailah saya kumpul dalam 3 kilogram macam tu. Barulah saya mula buka kedai emas di Shah Alam.

“Tahun 2017 emas boleh dikira murah tapi dia mulai naik harga. Masa sudah ada kedai emas, saya dah mula beli 1,2 kilogram,” katanya.

Terdahulu, Sajat yang kini berada di Australia sekali lagi mencuri perhatian netizen di sini apabila mendedahkan berjaya memiliki kediaman RM1.5juta hanya dalam tempoh enam bulan berniaga di negara Kangguru itu.

““Alhamduillah… Sajat tak sangka yang Sajat dah beli rumah di Sydney dengan harga $5++k. Sajat happy sangat-sangat dalam masa 6 bulan Sajat mulakan business online di Sydney, struggle about tax, GST dan sebagainya… akhirnya Sajat dah start kumpul asset Sajat di sini. Amin amin amin.

“Thank you so much to my real estate property, broker, my lawyer and accountant Sajat banyak membantu Sajat untuk urusan pembelian rumah Sajat ini.

“This is a new start of my journey as I’m already running my business in Australia,” jelasnya yang tidak lagi mahu memandang ke belakang.

Sumber : Media Hiburan

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.