[VIDEO] Isteri Fiz Fairuz, Almy Nadia Jalani Pembedahan Buang Cyst Ovari, Doktor Sahkan Hamil Luar Rahim

Uncategorized

Perkongsian pelakon Datuk Fizz Fairuz menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video isterinya, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.

Memetik mStar Online, Fizz memaklumkan isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst ovari dan hamil luar rahim.

Menurut Fizz, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat lalu. Katanya lagi, cyst tersebut perlu dibuang dengan segera menerusi pembedahan kerana bimbang ianya akan pecah.

“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” katanya.

Dalam pada itu, Fizz memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan dimaklumkan pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.

Katanya lagi, pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana bimbang memberi kesan kepada kesihatan dan kandungannya.

“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.

“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” katanya.

Kata Fizz lagi, keadaan kesihatan isterinya kurang baik serta mengalami lemah badan sejak kebelakangan ini. Fizz berkata isterinya menunjukkan simptom seperti cirit-birit, demam, s4k1t perut dan lemah.

Info tambahan kepada yang tidak tahu tentang apa itu cyst ovari. Cyst merupakan ketumbuhan tidak normal yang mengandungi cecair di dalamnya.

Cyst ini terjadi pada bahagian ovari. Cyst ini pada awalnya kecil tetapi saiznya boleh membesar sekiranya tidak dirawat. Saiz cyst yang besar inilah yang akan memberikan pelbagai masalah seperti sakit pada bahagian bawah perut, kerap membuang air kecil dan juga masalah sembelit.

Selain itu, cyst ini juga boleh menjadi punca utama puan menghadapi masalah keguguran. Ianya kerana ia mengganggu sistem reproduktif

Sumber : Rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *