[VIDEO FULL] UBI Juara Muzikal Lawak Superstar 3

Uncategorized

KUMPULAN Ubi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam ucapannya, Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie meluahkan rasa syukur kerana diangkat sebagai pemenang bagi musim kali ini.

“Alhamdulillah! Terima kasih kepada juri-juri kerana memberikan input setiap minggu supaya kami mampu memberi yang terbaik, bukan untuk kami tetapi untuk hiburkan semua orang,” kata Ubi selepas diumumkan sebagai juara.

Pusingan Pertama

Pusingan Kedua

Dalam persembahannya itu, juri tetap iaitu Najip Ali memuji lawak yang disampaikan Ubi dan menyifatkan ia idea luar biasa.

“Persembahan kreatif… tanpa batasan. Idea luar biasa!

“Anda sudah berikan seni lawak yang berkesan,” kata Najip.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir menjadi naib juara dan membawa pulang wang tunai RM75,000.

Shiha Zikir juga menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk minggu ini.

Manakala tempat ketiga menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid diumumkan sebagai penerima tempat keempat.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000.

Semua finalis MLS3 diadili 75 peratus daripada markah juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali, manakala 35 peratus lagi undian penonton awam.

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna HD (107).

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *