[VIDEO] Nasha Aziz Dilamun Cita Dengan “Insan Isyimewa”, Setiap Hari Hantar Bunga

Uncategorized

Aktres jelita, Nasha Aziz, 51, mengesahkan lelaki yang menghantar jambangan bunga setiap hari seperti tular dalam video adalah insan sangat istimewa dalam hidupnya.

Sambil tersipu malu, Nasha bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang dikenalinya sejak 9 bulan lalu.

“Insya-Allah, si dia mungkin menepati ciri-ciri lelaki idaman saya, tetapi kami baru kenal 9 bulan. Jadi, kena kenal dahulu dan nak rapat pun susah juga.

“Simbolik pemberian bunga ini mungkin juga mahu saya selalu mengingatinya. Saya jenis orang yang bila melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus perkara menjadi tanggungjawab.

“Mungkin sikap inilah agaknya si dia memberikan saya bunga, setiap hari,”

Mengulas apakah kini dilamun cinta, bintang filem Laila Isabella ini mengakui, cinta selalu ada dalam hatinya.

“Saya memang dilamun cinta, setiap hari. Saya juga mencari cinta setiap waktu.

“Cinta ini bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita sahaja, tetapi datang kita semua”.

“Kita beri ‘good vibe’, saling sokong masing-masing, cakap perkara baik-baik, selalu menggalakkan sesama kita, itulah sifat-sifat keluarga Islam, kita kan bersaudara”, katanya.

Ditanya perancangan dan hala tuju hubungan, Nasha mendambakan pengakhiran yang baik.

“Bila rezeki Allah beri, saya juga nak tahu ke mana arah tuju hubungan. Insya-Allah, mestilah ke arah baik,” katanya.

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *