Bakal Nikah Tahun Depan – Syafiq Kyle & Mimi Lana

Uncategorized

Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga pelakon Mimi Lana pada tahun depan.

Memetik Kosmo, aktor berusia 30 tahun itu berkata dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan tiada majlis pertunangan sebaliknya akan terus adakan majlis pernikahan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini. Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama,” katanya.

Syafiq turut menafikan khabar angin mereka bakal bernikah hujung tahun ini. Bagaimanapun, Syafiq berkata buat masa ini mereka belum ada tarikh dan tidak akan merahsiakan.

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut.

“Setakat ini kami masih tidak ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya seni terlebih dahulu. Insya-Allah, kami tidak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” katanya.

Terdahulu, hubungan pasangan itu terputus sekitar Mei 2020 selepas 5 tahun dikhabarkan bercinta. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali terjalin beberapa bulan kemudian.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *