[VIDEO] Mengaku Lelaki, Sajat Tegur Lelaki Abai Tanggungjawab Bayar Nafkah Anak

Uncategorized

Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Jauh meninggalkan kedua anak angkatnya yang kini berada di Malaysia, namun Sajat tidak pernah melupakan mereka.

Baru-baru ini, tular perkongsian Sajat meluahkan rasa kecewa melihat segelintir lelaki di luar sana mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Menurut Sajat, meskipun anak-anaknya jauh namun dia tidak melupakan tanggungjawab serta meminta kaum lelaki tidak lepas tangan dan hanya memikirkan nafsu semata-mata.

“Saya ini, anak saya jauh, tanggungjawab saya tetap bagi pada anak. Kalau awak lelaki, tak jaga anak-anak dan hanya tahu buat anak dengan perempuan. Dan, hubungan awak dan pasangan dah gagal, awak tak jaga, maknanya awak bukan lelaki. Darjat awak adalah lebih teruk daripada pondan,” katanya.

Dalam video tersebut, Sajat turut mengakui dirinya pondan namun menyifatkan dia seorang lelaki dan perempuan serta tidak melupakan tanggungjawab.

“Sebab saya pondan pun, saya ni lelaki dan juga perempuan,”katanya.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur akhirnya Sajat mengaku dirinya lelaki serta mendoakan agar usahawan itu kembali ke fitrah sebenar dan bertaubat.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *