Bella Astillah Dipuji Netizen Macam Anak Dara, Tak Macam Mak-Mak Orang “Bodygoals Betul..”

Uncategorized

Cantik dan langsing macam anak dara. Inilah yang boleh dikatakan mengenai pelakon cantik manis ini, Bella Astillah.

Sekeping gambar yang dimuat naik Bella di Instagramnya beberapa hari lalu terima pujian ramai dari netizen.

Mana tidaknya, walau tampil begitu ringkas dan kemeja T dan skirt berwarna coklat, penampilan ibu kepada 2 anak ini memang memukau.

Dengan ukuran saiz pinggang idaman semua jejaka, Bella dilihat berjaya mengekalkan berat badannya walaupun sudah mempunyai 2 orang cahaya mata.

“I didn’t change, I just found myself,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Dalam pada itu, isteri kesayangan Aliff Aziz yang kini tampil sebagai tunjang utama menerusi drama lakonannya, Aku Tanpa Cintamu mempamerkan lakonan berkesan malah watak Nuha yang dibawanya begitu menyentuh hati ramai.

Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreana.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji Bella begitu cantik dan langsing. Tidak ketinggalan juga yang meminta ibu cantik manis ini berkongsi tip penjagaan badan yang diamalkan Bella.

Komen Netizen:

Sumber: Sinar Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *