[VIDEO] Elfira Loy Share Tips Mudah ‘Push’ Semasa Bersalin

Uncategorized

Setelah melahirkan anak ke-2 Mei lalu, pelakon, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi kepada khalayak umum pengalaman bersalin anak perempuannya, Nur Aria Mikayla.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Elfira di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa tip yang dipraktikkan untuk melahirkan anak dengan lebih mudah dan apa perlu dilakukan saat menghadapi rasa s4k1t bersalin dengan tenang.

“Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife Puan Sharifah. Daripada video ini, korang boleh dengar sendiri cara Midwife El terangkan apa yang perlu buat sebelum push.

Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan s4k1t berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah

“El ingin kongsi juga untuk kelahiran anak ke-2 ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum ni, kontraksi ada tapi bukaan lambat,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Elfira yang kini berusia 29 tahun itu turut menyatakan pengambilan dos epidural sangat membantu dalam proses melahirkan anak ke-2 itu berbanding melahirkan anak pertama.

Katanya, proses untuk melahirkan menjadi lebih mudah dan boleh menjangkakan saat yang sesuai untuk menolak bayi keluar dengan menggunakan teknik yang betul.

“El dah tahan s4k1t berhari-hari tapi masih 2 cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6 cm, El dah kurangkan dos untuk epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih resah dan macam tak boleh bernafas.

“Sebab itu la, El dah boleh rasa kontraksi dan mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh agak bila nak ‘push’ dan sekuat mana kita ‘push’. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak ‘push’ sebab separuh badan kebas.

“Dalam klip video ni, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan ‘kalau muka buruk salahlah teran tu’. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum, cuma kawal je,” ujarnya lagi.

Sementara itu, diruangan komen, rata-ratanya memuji El yang begitu tenang sekali saat nak melahirkan bayi. Tiada pun bunyi suara yang kuat dan semuanya begitu lancar sekali.

Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka juga turut mempunyai seorang anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *